Jejak Kasih Selepas 17 Tahun

Sunday, June 22, 2014

Assalammualaikum..

Alhamdullilah hari ni sempat memanjangkan kaki ke Intermark Hotel.  Saya memang takpernah sampai lagi ke sana sebelum ni. Nama je duduk kat KL! Tapi area situ memang jarang mendapat kunjungan saya.

Biasanya kalau nak ber"eksplorasi" ke tempat yang saya tak biasa pasti saya tak berani. Mungkin orang taktahu  perangai pelik saya ni tapi itulah saya! Saya akan jadi bertambah cuak kalau hanya bersama anak-anak! 

Kalau nak ber"eksplorasi" ke tempat baru pasti saya akan ajak bodyguard saya! Tapi harini dia pegi bersantai bersama kawan-kawannya. Ber"sosial" sambil memukul sebijik bola berwarna putih di tengah panas! Sanggupkan!

Harini antara hari bersejarah sebab selapas bertahun-tahun lamanya, akhirnya saya berjejak kasih semula dengan kawan sekolah saya di Beseri dulu. 



Norazira Ghazali. Itulah namanya. Saya panggil dia Kak Zira sebab walaupun dia sama batch dengan saya, tapi dia tua setahun dari saya.

Media sosial sudah lama menghubungkan kami, tetapi sejak lepas sekolah memang takpernah jumpa Live. Kak Zira adalah antara kawan yang banyak menyokong saya. Dia adalah antara loyal customer saya! Jujur saya katakan, dia adalah client pertama yang membeli MealShakes Shaklee dari saya! Thank you so much!

Tadi, pertama kali nampak Kak Zira duduk atas sofa di lobi hotel tu, saya agak terkejut! Tapi saya cuba maintain cool! Mestilah terkejut.. Kak Zira lain berbanding imej yang saya record dalam otak saya! Dia bertambah bergaya, sangat keibuan dan ayu.

Kami menghabiskan masa makan tengahari bersama. Kesian Kak Zira terpaksa jadi penonton drama huru hara saya bersama anak-anak! Tapi saya yakin dia faham situasi saya, sebab Kak Zira ada 3 orang hero yang chomel. Lebih kuranglah dengan saya.

Lepas lunch.. Kami sempat berborak sebentar. Tak lama sebab anak bongsu saya sudah mula hyper sebab dia mengantuk. Sudah time tidur petang! 

Walaupun kesuntukan masa, saya sempat menemankan Kak Zira beli hadiah harijadi anaknya. Dan yang paling tidak saya sangka.. Saya pun dapat hadiah "belated birthday!" Terharu sangat rasa dapat hadiah dari kawan lama yang bertahun-tahun tak jumpa. 

Saya dihadiahkan sebuah buku dari blogger kesukaan Kak Zira.


Disebabkan kesuntukan masa, saya terpaksa "Say bye-bye" kepada Kak Zira lebih awal dari waktu perancangan saya. Bukan apa, sebelum drama bertukar menjadi sinetron.. Baik saya pergi belakang tabir cepat-cepat!

Memang betul sangkaan saya! Masuk je kereta.. Semua terus tidur, keletihan! Walaupun pertemuan itu sebentar cuma.. Tapi saya puas hati sebab saya dapat jumpa kawan lama saya dan saya berjaya mengatasi perasaan takut saya! 



Saya mula belajar untuk overcome segala macam perasaan saya bila saya mula berbisnes Shaklee dan bertemu dengan orang-orang hebat dalam Empayar Maria Firdaus. So, saya sangat-sangat berterima kasih kepada sifu-sifu saya.

InsyaAllah saya akan cuba berubah dan memperbaiki diri kearah kebaikan. Semuanya menjadi lebih mudah dengan adanya guidance dari mereka yang tidak lokek ilmu dalam group MFMS ini!

SMA

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images