Syukur atas segala anugerahnya

Sunday, July 13, 2014

Assalammulaikum.


Syukur.





Itulah ungkapan yang paling tepat menggambarkan perasaan Yaya sekarang ni. Sungguh besar kuasaNya. Tak terduga pemberiaanNya. Tak terduga juga ujianNya. Kita sebagai hambaNya haruslah akur dengan segala ketentuan.


Macam-macam yang berlaku pada Yaya hari ini. Semuanya menimbulkan rasa syukur yang amat sangat. Tidak tergambar dengan kata-kata perasaan Yaya ketika ini.


Kawan.

Hari ni Yaya berkesempatan berbual sedikit dengan kawan lama Yaya. Kawan yang dahulunya agak rapat tapi perbezaan jalan hidup membuatkan kami terputus hubungan.

Perbualan dengannya hanya sebentar tapi cukup untuk membuatkan timbul rasa syukur amat sangat dengan apa yang dikurniakan Allah selama ini.


Sesungguhnya dugaan yang dihadapi kawan Yaya, Siti (bukan nama sebenar) itu amat besar. Tak terbayang oleh Yaya perasaan Siti. Namun tutur katanya  langsung tidak menggambarkan penderitaan yang dihadapinya. Bagi Yaya, Siti amat tabah dan kuat.

Siti menghidap cancer sejak kami masih remaja. Telah pelbagai cara rawatan yang dijalaninya. Telah pelbagai usaha yang dicuba. Namun, Siti masih menderita. Rasanya dah berbelas tahun Siti menanggung penderitaan itu. Sungguh tak boleh Yaya bayangkan perasaan Siti. 


3 minggu sebelum Ramadhan baru-baru ini, Yaya telah diuji dengan penyakit Viral Fever. Itu pun setelah seluruh isi rumah sakit. Yaya yang terakhir sekali dijangkiti. Fuh, penangan Viral Fever bukan main-main, memang sakit, lenguh dan lemah yang amat sangat. 

Baru diuji sikit macam tu pun Yaya dah sibuk nak menangis. Tak tahan sangat kononnya. Macam Yayalah orang yang paling sakit kat Malaysia ni. Yaya tahu itu hanya ujian Allah untuk membuang dosa-dosa ini, tapi itu pun dah tak tertanggung rasenya. 

Yaya hanya diuji selama seminggu dan bukannya berbelas tahun seperti Siti. Itu pun Yaya sudah lemah semangat dan rase down. Semua kerja rumah langsung tak dibereskan. Untungnya Yaya masih ada mak yang sangat penyayang dan sanggup datang semata-mata untuk memastikan Yaya dapat rehat dengan tenang, tak serabut memikirkan hal-hal kecil. Syukur sangat.



Rezeki.


Sesungguhnya rezeki itu memang datang dari Allah. Allah sajalah yang berkuasa menentukan segalanya.
Kerap kali Yaya tertanya-tanya sendiri, mengapa segala usaha Yaya kerap kali gagal. Mengapa kejayaan seolah-olah bukan ditakdirkan untuk Yaya. Puas Yaya mencari-cari jawapannya tapi tak juga jumpa.

Kerap kali juga Yaya akan mengadu kepada rakan-rakan terdekat, susahnya nak mencari rezeki. Tapi bila tengok orang lain, macam senang je mereka berjaya. Kenapa mereka boleh? Kenapa tidak Yaya? Itulah soalan yang sering menghantui Yaya selama ini.

Syukur Yaya dipertemukan dengan bisnes ini. Melalui bisnes inilah Yaya banyak belajar untuk mengenali diri sendiri, belajar untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya, belajar untuk menjadi lebih positif dalam segala hal.

Yaya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga MFMS yang hebat. Teramat banyak ilmu yang Yaya belajar dan masih banyak lagi yang Yaya belum belajar. Semuanya telah keluarga ini sediakan, Yaya cuma perlu memberi usaha yang cukup untuk belajar dan sedut sebanyak mungkin ilmu yang diberi.

Pada kali pertama Yaya jumpa ahli keluarga MFMS ini, jujurnya Yaya rase sangat malu, rase sangat kecil dan rase sangat kerdil. Berbezanya mereka ini. Aura kejayaan dan murah rezeki sangat terasa bila bersama mereka. Segala-galanya seperti amat mudah untuk dicapai.

Yaya cuba sedaya upaya untuk mempraktikkan dan mengamalkan segala tunjuk ajar mereka, dan hasilnya? Alhamdullilah, diberikan rezeki. Tak tergambar perasaan kagum dan syukur diatas pemberian Allah apabila segala tunjuk ajar mentor membuahkan hasil.

Tak pernah terlintas di benak fikiran Yaya, yang Yaya akan terpilih menjadi sebahagian daripan keluarga besar yang hebat ini. Tak pernah terfikir Yaya akan terjebak dalam bisnes yang sangat memuaskan naluri kemanusian kerana dapat membantu lebih ramai insan. Tak pernah terduga Yaya akan mula jatuh cinta dengan perniagaan yang langsung tidak pernah menarik minat Yaya.

Namun, sekarang semuanya sudah bertukar. Berani Yaya katakan, Yaya sekarang bukanlah Yaya yang dahulu.



Sejujurnya, bila semuanya berlaku didepan mata.. dalam keadaan sedar, rase nak menitis air mata dengan kebesaran Allah.





Mohon doa kepada Allah supaya mempermudahkan segala urusan.

Sesungguh Allah saja yang Maha merancang dan Maha mengetahui.



Yaya
012 328 6248





You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images