Tips kasut kiri

Saturday, January 31, 2015

Assalammualaikum readers,

Entri kali ni, Yaya tuju khas kepada kaum ibu dan bapa.

Sejak kebelakangan ini, Yaya amat sibuk, otak sentiasa ligat berfikir. Tak kira masa dan tempat, pasti Yaya tidak akan terlepas dari berfikir. 

Masa yang paling kritikal setiap hari adalah diawal pagi. Semua orang tergesa-gesa mengejar masa. Semua orang nak cepat. 

Dalam keadaan tergesa-gesa ini, biasanya yang menjadi mangsa adalah anak-anak kesayangan kita. Walhal mereka langsung tidak bersalah. Mereka hanyalah insan yang tiada pilihan selain mengikut rentak huru hara manusia yang sepatutnya melindungi mereka.

Sudah beberapa kali kita disajikan dengan berita menyayat hati. Berita anak kecil yang tidak mampu untuk membela diri sendiri tertinggal didalam kereta. Menghembus nafas terakhir dalam keadaan panas, sesak nafas... Tak sanggup Yaya nak ungkapkan disini... Terlalu meruntun hati hanya dengan membayangkan keadaan mereka itu.

Yaya faham, ibu bapa mana mahu musibah menimpa anak kesayangan mereka. Yaya juga faham, ibu bapa juga tidak terlepas dari bebanan kerja dan tekanan hidup. 

Baik lelaki ataupun perempuan kita masing-masing pernah merasa pahit getir menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba sekarang ini. Otak si ibu dan si bapa pastinya sentiasa bercelaru memikirkan cara terbaik untuk menjalani kehidupan ini.

Yaya sendiri pernah beberapa kali melalui situasi terlupa untuk menghantar anak ke taska dek kekalutan untuk ke pejabat. Untungnya anak Yaya tidak tidur didalam kereta dan sudah pandai berkata-kata. 

"Kita nak pergi mana ni mommy?" Soalnya jika dia perasan itu bukan laluan biasa buatnya di pagi hari. 

"Astaghfirullah! Mommy lupa hantar adik. Mommy terlajak nak terus ke opis!"

Mungkin kita rasakan peristiwa-peristiwa hitam yang tertulis di dada akhar tidak mungkin akan berlaku kepada kita. Namun tidak kah perkara yang sama juga disebut oleh mereka yang telah diuji dengan dugaan besar itu?

Menyedari Yaya hanyalah insan biasa yang tidak mungkin terlepas dari kekusutan, kekalutan dan kecelakaan, Yaya telah mengambil keputusan untuk bertindak proaktif. Mengambil langkah berjaga-jaga. Baik susah sedikit sebelum menyesal seumur hidup.

Jadi Yaya terpanggil untuk share satu tips ringkas yang mungkin InsyaAllah dapat mengurangkan risiko anak tertinggal didalam kereta.

Tips nya mudah saja.




Kita orang perempuan biasanya akan membawa tas tangan ke mana-mana jua. Jadi apa yang Yaya buat, Yaya letak tas tangan itu berhampiran anak Yaya. Dalam kes Yaya, anak Yaya duduk di "car seat" di belakang kerusi pemandu. Jadi Yaya letak tas tangan Yaya di bahagian letak kaki di hadapan kerusi anak Yaya tu. Tapi lindunglah sikit, jangan terdedah sangat, risau pulak si peragut memecahkan cermin dibahagian anak tu kan.



Bagi kaum bapa, tips ini mungkin dikatakan tidak munasabah. Tapi apasalahnya jika langkah ini dapat menyelamatkan nyawa. 

Caranya mudah, tanggalkan kasut kiri yang sedang dipakai dan letakkan ia berdekatan tempat duduk anak anda. Pastinya apabila anda turun dari kereta, anda tidak akan berjalan dengan hanya sebelah kasut! Pasti anda akan perlu memakai kedua-dua belah kasut kan!



Jadi, walaupun anda mungkin terlupa kehadiran si manja anda didalam kereta, namun sebaik sahaja turun kereta dengan sebelah saja kasut, anda pasti akan sedar bahawa telah lupa menghantar anak anda ke tempat yang sepatutnya hari itu!

Cubalah!

Mula-mula akan rasa sedikit kekok dan janggal. Tapi lama- kelamaan anda akan biasa dan mungkin satu hari anda akan rasa bersyukur kerana telah bersusah payah sedikit tetapi tidak menyesal seumur hidup.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

Yaya
~012 328 6248~

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images