Tutorial Menggayakan Tudung Bawal ala-ala Shawl Untuk Menghadiri Majlis

Friday, February 06, 2015


Assalammualaikum Hijabers sekalian,

Tudung bawal memang menjadi kegemaran ramai sejak bertahun lamanya. Tudung bawal bukan saja mudah dijaga, ia juga mudah dipakai. 

Akan tetapi menggayakan tudung bawal dengan cara konventional (yang sesuai dipakai harian) mungkin agak membosankan jika mahu digayakan ke majlis-majlis keraian.

Jadi di entry kali ini, Yaya nak share satu cara ringkas untuk anda memakai tudung bawal supaya  anda tampil lebih versatile dan bergaya.

Berikut adalah langkah-langkahnya:


Langkah #1

Gunakan inner ninja agar rambut dan leher tertutup rapi dan kelihatan kemas. Kemudian letakkan tudung bawal diatas kepala dengan kedua-dua hujungnya sama panjang.







Langkah #2

Tarik kedua-dua hujung tudung bawal kebelakang. Kemaskan dan pinkan tudung bawal dibelakang kepala mengikut keselesaan masing-masing agak tidak terlalu longgar atau tidak terlalu ketat.




Langkah #3

Tarik tudung bawal di belakang ke depan dari sebelah kanan (seperti dalam gambar).





Langkah #4

Ambil  bahagian tengah lipatan kain dan pinkan kawasan bawah cuping telinga (seperti dalam gambar dibawah).





Langkah #5

Rentangkan bahagian panjang tudung bawal ke atas kepala. 





Langkah #6

Tarik dan letakkan di kedudukan yang dirasakan sesuai.





Langkah #7

Kemaskan dan pinkan tudung bawal ini dibahagian telinga. Jangan terlalu tinggi atau terlalu rendah dari telinga. Gunakan kerongsang mengikut kesesuaian majlis. Contohnya, jika menghadiri majlis perkahwinan bolehlah dikenakan kerongsang yang agak mewah agar tampil elegan. 





Inilah hasilnya! Cantikkan!




Selamat mencuba ya!

Semoga bermanfaat!


~Yaya~


*gambar kredit to vemale.com

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images