ANAK, Amanah dan Pelaburan Terhebat.

Sunday, July 06, 2014

  Sedih setiap kali ternampak kat newsfeed kisah anak OKU yang dikurung tu.

Anak itu amanah Allah. Amanah terbesar. Amanah terhebat.

Anak itu jugalah sebenarnya asset dan pelaburan terbesar kita di dunia dan akhirat. Jika dijaga dengan sempurna pelaburan itu, kitalah yang akan menjadi insan terkaya di dunia dan di"sana" nanti. Doa dan amalan anak itulah sebahagian harta kita.

Gambar hiasan

Dalam sibuk mengejar harta dunia, kita selalu lupa hakikat itu. Kita selalu lupa mengapa anak itu dikurniakan Allah kepada kita. Mengapa kita yang dipilih. Mengapa bukan orang lain.

Orang yang mempunyai anak selalu take for granted anugerah terindah itu. Sering lupa pada mereka yang tak dapat merasai nikmat mempunyai zuriat.

Dalam kes anak OKU yang dikurung ini, saya rasa semua pihak harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan. Tak elok kita tuding jari pada satu pihak saja. 

Seelok-eloknya kita kaji root cause terjadinya kes sebegini. Banyak faktor boleh menyebabkan berlakunya perkara macam ni. Tapi sebab utama yang boleh saya simpulkan adalah kurangnya bekalan ilmu agama dan  kurang kekuatan mental menyebabkan kesempitan hidup yang dialami membawa kepada tindakan diluar jangkaan. 


Pelajaran yang dapat dipelajari dari kes ini adalah..  

1. Sewaktu kita ok, jangan leka. Cuba sedaya upaya untuk penuhkan bekalan ilmu agama kerana hanya dengan itu saja kita akan dapat kawal diri untuk tidak bertindak diluar jangkaan.

2. Sewaktu kita ok, sentiasa beringat untuk future yang tak dapat kita ramal. Semasa kita selesa dengan pekerjaan makan gaji yang kita ada, ingat lah jugak seandaian kita hilang pekerjaan itu, bolehkan kita survive di negara kita yang segala-galanya memerlukan duit ini?

3. Sewaktu kita ok, cuba kukuhkan silatulrahim antara manusia, tak kiralah kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau jiran tetangga supaya di masa-masa kita jatuh di timpa tangga.. Masih ada ruang dan tempat untuk kita tuju meminta sedikit bantuan dari segi rohani, jasmani ataupun apa saja.

Apapun alasan kita diatas apa juga tindakan kita keatas anak-anak kita, ingatlah.. Allah maha mengetahui!

Kita sebagai ibu bapa wajib cuba untuk mencorakkan kain putih yang diamanahkan itu sebaik mungkin. Ibu bapa wajib memastikan corak yang terhasil cantik!   

InsyaAllah mommy and daddy akan cuba yang terbaik.. 


Mohon doanya supaya kita dapat melakukan yang terbaik. Mohon doanya supaya nasib anak OKU ini terbela. 

SMA




You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook

Flickr Images