Ramadhan 2015

Friday, July 24, 2015

Assalammualaikum,

Memula sekali Yaya nak lahir rasa syukur yang amat sangat ke Hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang setiap tahun dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Yaya rasa bersyukur sangat sebab hajat Yaya untuk tambahbaik bulan Ramadhan tahun ini berbanding tahun lepas In Sya Allah telah berjaya Yaya capai. 

Ya, siapalah kita untuk menilai pencapaian amalan kita, hanya Allah yang boleh menilai amalan dan perbuatan kita. Tapi kalau kita tak ada niat untuk tambahbaik diri kita, makanya sampai bila-bila pun kita akan berada di keadaan yang sama. Walaupun mungkin diri kita tak sebaik orang lain, tapi dengan niat dan usaha kita untuk memperbaiki diri yang lemah ini, pasti yang Ilahi akan memberi ganjaranNya.



Yaya sering berasa hairan, macammana ye orang sempat buat macam-macam di bulan Ramadhan. Contohnya khatam Quran, bersolat sunat, menghadiri majlis agama disamping nak buat kuih raya, beli baju raya, kemas rumah dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya, memang boleh dibuat semuanya kalau kita betul-betul nak buat dan aim untuk complete senarai to-do list di bulan Ramadhan kita itu. 

Bila dah ada senarai to-do list di bulan Ramadhan tu, kita perlulah strategies. Kita perlulah plan tindakan kita. Untuk itu, kita perlulah ada ilmu bagaimana untuk lakukan perkara-perkara yang kita nak lakukan itu dengan cara terbaik dan termudah. Kalau tak tentulah apa yang nak buat tak terbuat!

Misalannya, untuk Khatam Al-Quran, bukanlah boleh dilakukan dalam masa yang singkat (bukan Khatam dengan cara membaca surah 3kali tu ye... :) ), maka kita perlulah plan dan cari cara terbaik yang boleh kita lakukan. Mungkin kita boleh cuba cara seperti yang dikongsikan Ustaz Don, baca 4 mukasurat Al-Quran setiap kali selesai solat fardu, 5 kali sehari.

Walaupun kita mungkin tertinggal sedikit sebanyak, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha dan boleh lah ditambahbaik di masa akan datang. Betul tak!


Kan kita sering di ingatkan, "Allah akan bertindak mengikut apa yang kita nak". Cuma kita yang perlu betul-betul tahu apa yang kita nak dan sampaikan kepadaNya dengan cara yang betul. Pasti apa yang dihajati dipenuhi. 

Tak percaya? Cubalah! 

Yaya dah cuba dan dah berasa kagum dan syukur dengan pemberianNya. 

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images