6 Sebab Kenapa Shopping Online
Wednesday, June 18, 2014
Assalammuaikum..
Selamat malam..
Tengah syoq bershopping.. Tetibe terasa nak share dengan u ols tentang kemudahan yang ditawarkan sekarang ini.
Mungkin ramai yang dah tahu tentang Tesco Online. Tapi mungkin belum ramai yang mencuba perkhidmatan ini.
Kenapa saya shop kat Tesco Online?
1. Menjimatkan Masa
Sebagai seorang yang bekerja opis hours masa untuk shopping barang rumah hanya tinggal di hujung minggu saja.
Tp hujung minggu ini jugaklah kita sibuk nak hadir kenduri kahwin, kemas rumah, basuh baju dan segala macam lagi urusan.
Jadi sebab tulah, dengan kemudahan Tesco Online ni, bagi saya menjimatkan masa. Sebab masa untuk membeli barang rumah yang boleh mencecah sehingga 2-3 jam itu boleh saya guna untuk buat bermacam-macam urusan lain.
2. Kawal Perbelanjaan
Hmm.. Macam mana boleh saya kata dengan Tesco Online boleh kawal perbelanjaan? Biasanya bila pergi ke kedai, kita akan compare harga di rak, tapi jarang sekali kita akan kira jumlah keseluruhan harga barang yang kita beli sebelum kita ke kaunter bayaran.
Berbeza bila kita shop online, kita sentiasa boleh cek total purchase sebelum kita proceed to checkout. Jadi kita boleh sentiasa makesure kita shop within budget!
3. Rancang Pembelian.
Biasanya bila kita nampak sesuatu barang depan mata. Kita ada rasa impulsive untuk membeli. Benda yang sebenarnya tak perlu pun kita akan rasa perlu, kita akan create 'keperluan' untuknya sedangkan benda itu sebenarnya adalah hanya 'kehendak' .
Dengan melakukan pembelian online, kita boleh save barang yang telah kita pilih dan re'visit' setiap barang and decide betul-betul sebelum kita beli sebab kita tiada time limit.
Pembelian online juga biasanya kita buat diwaktu santai maka factor-factor seperti lapar (beli banyak unnessary food) dan rushing (buat desicion yang salah) dapat dielakkan.
4. Keselamatan
Lately, dah banyak kes penculikan dan kanak-kanak hilang berlaku di pasaraya. Ibu bapa dan penjaga yang sedang sibuk memilih barang kadang-kadang terlalai memerhatikan anak-anak. Kecuaian walaupun seminit sahaja boleh jadi buruk padahnya.
Maka saya lebih selesa bershoping online. Aman tenteram. Takperlu rasa risau dan bimbang. Anak-anak pun tidak lah rasa bosan menemankan ibu bapa shopping!
5. Tidak Perlu Angkut Barang
Bagi mereka yang tinggal di rumah apartment atau condo, mengangkut barang rumah dari kereta ke rumah kadang kala membebankan.
Dengan membeli di Tesco Online, semua barang akan dihantar ke depan pintu, tak perlu lagi berulang alik mengangkut barang! Dengan sedikit minimum caj yang dikenakan, tak perlu lagi bersusah mengangkut barang dengan beratnya dan penatnya!
6. Kualiti
Anda mungkin akan bimbang tentang kualiti barang yang dibeli, terutamanya barangan segar.
From experience, saya yakin mengatakan, barang yang dipilih alhamdulillah semuanya berkualiti tip top. Fresh!
Sekiranya tiada stok barang yang kita pilih, pihak Tesco akan tawarkan barang yang setanding dari segi harga, kuantiti dan kualiti. Tetapu sekiranya kita tidak berpuashati dengan pilihan mereka, kita ada option untuk reject barangan itu! Menarikkan!
Seperti Tesco Online, Shaklee2u juga menawarkan perkhidmatan pembelian supplement online bagi memudahkan kita membeli supplement untuk kesihatan tanpa perlu keluar rumah! Dengan hanya beberapa click saja selesai urusan! Convinient sangat!
0 comments