Diet lebih mudah dengan 8 tips ringkas
Tuesday, June 10, 2014
Hari ini saya nak buat entry berkenaan projek terbaru saya iaitu Projek Mengkuruskan Suami.
Actually, projek ini sudah kick-start pertengahan bulan Mei 2014. Selepas dia dah mula membebel pada diri sendiri tentang ketidakselesaannya. Saban hari, dia sentiasa berasa letih dan kerap tertidur semasa menonton tv. Dengan itu, saya terus mengambil langkah untuk memulakan Projek Meng’kurus’kan Suami saya untuk menolong dia menurunkan berat badan dengan lebih berdisplin.
Objektif utama projek ini adalah untuk maintain tahap kesihatan optimum selain untuk merampingkan pinggangnya yg telah membesar dengan jayanya dari size 32 ke 35! Hehehe..
Ok, disini saya nak share 8 steps ringkas yang saya guna dalam Projek Meng’kurus’kan Suami saya ini.
1. Setkan Target
Untuk menurunkan berat badan kita perlu setkan target tertentu supaya kita akan lebih berdisplin dalam usaha untuk mendapatkannya. Misalnya, saya setkan target untuk suami saya untuk turun 10kg sebelum raya. Memang mana-mana orang yang nak kurus kalau boleh mahu Nampak hasilnya dalam masa sehari, tapi kita perlua realistic dalam meletak target supaya kita tidak kecewa dan terus putus asa.
2. Ukuran Badan
Sebelum memulakan apa-apa proses, biasanya kita akan ambil sample sebelum dan selepas. Maka untuk projek kurus ini juga adalah disarankan kita timbang dan ambil ukuran badan supaya kita akan nampak hasilnya. Sesetengah orang mungkin tidak akan turun banyak dari segi berat tetapi mungkin akan lebih nampak perbezaan dari segi bentuk badan. Semuanya bergantung kepada size dan berat asal individu itu. Yang penting, jangan frust jika berat tak turun sebab mesti sedikit sebanyak ada perbezaan dari segi ukuran badan kita.
3. Sarapan adalah wajib
Suami saya memang jenis yang tidak boleh miss sarapan dan sememangnya sarapan adalah wajib bagi diet yang sihat. Individu normal biasanya akan tidur selama 6-8 jam sehari. Dalam tempoh itu perut akan menjadi berasid. Maka sejajar dengan amalan Rasulullah yang mengajar kita untuk minum segelas air kosong selepas bangun dari tidur. Ia dapat membantu memastikan metabolisma badan berada di tahap optimum. Sarapan mempercepatkan pembakaran kalori dengan lebih efisyen dan membekal tenaga supaya kita cergas sepanjang hari.
4. Minum banyak air kosong.
Amalan minum banyak air kosong dapat membantu organ dalaman khasnya buah pinggang untuk berfungsi dengan lebih baik untuk menyingkirkan air berlebihan dan toksin dalam badan seseorang dengan lebih cepat. Bukan itu saja, lemak- lemak berlebihan dalam badan juga dapat dibuang melalui air kencing.
Soalnya, berapa banyak air yang cukup untuk seseorang? Seelok-eloknya kita minum air dengan kiraan setiap 25kg = 1 liter air. Contohnya, jika berat kita 50kg, bermakna air sebanyak 2liter agak mencukupi. Tapi jika minum lebih lagi bagus!
5. Don''t skip meals
Tidak makan langsung bukanlah diet yang bagus. Untuk mengelakkan badan bertukar ke 'starving mood', seelok-eloknya, makan kerap, setiap waktu makan, dengan kuantiti yang kecil.
Kalau anda jenis yang kene makan nasi, adalah dinasihatkan supaya makan sedikit nasi waktu makan tengah hari. Untuk waktu makan malam pula, cuba makan 'light' dan makan awal iaitu sebelum 8 malam.
6. Exercise
Senaman adalah wajib. Kalau tak boleh buat banyak, 2-3 seisi seminggu, 30 minit per seisi pun jadi la.. Juga memadai sekadar berjalan dan berjogging. Yang penting adalah kualiti senaman dan bukanlah kuantitinya semata-mata.
7. Doa, Displin dan Istiqomah
Haruslah diingatkan, tiada jalan pintas untuk kurus. Penurunan berat badan secara drastik boleh memudaratkan kesihatan badan. Proses menurunkan berat badan hendaklah dilakukan secara berdisplin dan istiqomah.
Dan jangan lupa untuk memperbetulkan niat dan berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita. InsyaAllah.
8. Set kurus Shaklee
Dalam menurunkan berat badan, anda mungkin memerlukan bantuan untuk mengekalkan kadar tenaga dan mengekalkan kesihatan. Set kurus Shaklee adalah pembantu terbaik.
Set kurus Shaklee yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan bentuk badan yang menarik tetapi juga mengekalkan kesihatan optimum.
Oklah, diharap perkongsian saya pada kali ini boleh memberi manfaat kepada semua pembaca. Sama-sama lah kita cuba untuk capai berat ideal impian kita!
InsyaAllah dengan izinNya.
0 comments