Hand Corsage dan Bakul Bunga Telur siap dalam masa 30 minit

Wednesday, August 20, 2014

Assalammualaikum readers…

Baru-baru ni  sepupu Yaya kahwin. Kenduri yang bertemakan warna Dusty Pink dan Light Green. Majlisnya cukup meriah dan ceria. Bagi menjayakan majlis perkahwinan itu, maksu Yaya telah assign semua sedara mara yang sudi menolong dengan tugas masing-masing. 

Ada yang ditugaskan menjadi penyambut tetamu, ada yang kene jadi pengapit, ada yang kene jadik penyimpan duit, ada yang diminta menyumbang kerja tangan untuk bunga telur dan masing-masing dengan tugas masing-masing.

Yaya juga turut cuba menolong mana yang sempat. Al-maklumlah, dengan anak kecil dirumah, tak banyak yang boleh Yaya sumbangkan kerana tak cukup masa. Jadi Yaya diberi kepercayaan untuk membuat “Hand Corsage” dan bertanggungjawab bagi menyediakan segala hal berkaitan “Flower Girl and Flower Boy” sebab anak-anak Yaya yang kene jadik “Flower Girl n Boy” itu!









Maksu hanya menetapkan warna yang perlu dipakai oleh “Flower Girl dan Boy”. Mujurnya kenduri kahwin diadakan selepas Ramadhan, jadi sempatlah Yaya mencari baju pengapit sambil shopping untuk persiapan hari raya. Lega sebab takpayah pening-pening nak pusing-pusing cari baju yang bersesuaian.

Memang menjadi kegemaran dan hobi Yaya untuk menghasilkan kerja tangan, tapi disebabkan pelbagai komitmen lebih penting yang memerlukan masa Yaya, jadi Yaya dah lama tak buat kerja-kerja tangan. Walaupun dah lama tak menghasilkan sesuatu yang kreatif, maksu tetap mahu Yaya buat “Hand Corsage” dan bakul bunga telur. Jadi, Yaya pun setujulah memandangkan kedua-dua nya memang agak mudah untuk dibuat.

Maksu belikan bunga dan riben mengikut tema untuk dijadikan “Hand Corsage”, hiasan rambut dan bakul bunga telur. Jadi di entri kali ini, Yaya nak share cara-cara untuk membuat “Hang Corsage” dan bakul bunga telur.



Hand Corsage

Ini adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat “Hand Corsage”.







Langkah-langkah:
  1. Cabut atau potong bunga dari tangkai.
  2. Susun bunga mengikut selera dan kesesuaian.
  3. Gamkan satu persatu bunga.
  4. Susun riben dan gamkan bunga diatas riben.
  5. Walla! dah siap!


Senangkan!!!



Bakul Bunga Telur

Ini bahan-bahan untuk menyediakan bakul bunga telur.





Langkah-langkah:

  1. Keluarkan semua penyepit baju.


2. Potong kain dalam menjadi bentuk bulatan.



3. Balut bakul dengan kain dan gamkan disebelah dalam bakul. 
4. Susun riben dan gamkan.



5. Susun bunga dan gamkan.



6. Tampal doily paper disebelah dalam bakul.
7. Balut tangkai bakul dengan riben dan gamkan.
8. Tampal riben dan bunga di permukaan luar bakul.


8. Walla dah siap!








Sangat senangkan!


Alhamdullilah maksu berpuas hati dan sukakan hasilnya. Amiin and thank you maksu sebab mempercayai Yaya.

Selamat mencuba!


Yaya
~Your Independent Shaklee Distributor~

You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook

Flickr Images