Syawal bagi kita, tidak bagi mereka

Wednesday, August 06, 2014

Dibulan kemenangan ini, kanak-kanaklah insan paling gembira menyambut Syawal tiba. Rata-ratanya tak sabar nak berbaju baru dan makan kuih raya. Selain bergembira bersama sanak saudara dan kumpul duit raya.


Bila malam tiba, berdentam dentum bunyi mercun. Anak-anak kita bersorak suka.



Dalam kita bergembira, janganlah dilupa saudara kita disana. Jangankan baju baru, sesuap kuih raya pun tiada.

Pagi hari ini, Yaya tersentuh apabila melihat berita dikaca televisyen. Berita tentang seorang bayi yang selamat dilahirkan kedunia ini walaupun ibu nya terkorban dibedil si durjana.

Ibu cekal itu menggagahkan dirinya yang cedera teruk untuk ke hospital dan meminta supaya bayi dalam kandungannya diselamatkan. Bayi itu berjaya dilahirkan yatim piatu sebatang kara kedunia ini. 

Tak dapat Yaya bayangkan perasaan risau ibu malang itu pada saat-saat terakhir sisa hidupnya. Mahu pastikan anaknya hidup tetapi pasti juga risau anaknya itu dilahirkan tanpa seorang pun ahli keluarga untuk menjaganya. 

Namun si ibu pasti yakin dengan ketentuan dan kuasa Allah yang Maha Esa, Maha Mengetahui dan Maha Memelihara.


Di saat kita disini gembira mendengar dentuman mercun, mereka disana berteriak bertempiaran menyelamatkan diri setiap kali mendengar letupan.



Disaat kita disini berkumpul berbaju baru memohon kemaafan sesama insan, mereka disana berkumpul bagi memastikan siapa yang masih terselamat dan mengkafankan yang telah syahid.



Di saat kita disini kenyang menjamah ketupat rendang, nasi impit dan kuah kacang, mereka disana kelaparan menunggu giliran mendapat rawatan di hospital atau pusat kesihatan.

Oleh itu, ayuhlah rakan-rakan dan semua kenalan, marilah kita bersederhana dalam menyambut Syawal yang mulia serta sentiasa berdoa untuk keselamatan, kesejahteraaan dan kemenangan saudara kita disana.


Hidup perlu diteruskan dan semoga konsep wasathiah menjadi pilihan.

Sedikit nukilan dari hati.

Yaya
~Your Independant Shaklee Distributor~

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images