"Kawan Karib" yang menyakitkan! Tolong Saya!

Thursday, August 21, 2014

Hi readers…

Assalammualaikum….

Bulan Ramadan dah berakhir, tibalah pula bulan Syawal. Di musim-musim raya ni tentulah banyak “Open House”. Masing-masing seronok bergaya melawat rumah sanak saudara menghadiri majlis “Open House”. 

Jalan toksah cakap lah..bukan main jam! Sabar jer lah! Nak pergi dari satu tempat ke satu tempat yang biasanya hanya memakan masa setengah jam, tapi di musim “Open House” ni, boleh cecah sehingga 2jam! Sampai lenguh dibuatnya duduk dalam kereta. 

Yaya jugak tidak terlepas daripada perlu menghadapi pelbagai jemputan. Hujung minggu baru-baru ni, jadual Yaya memang padat. 

Sabtu

8.15 - 8.45     :Pergi sekolah Abang, ada perjumpaan dengan guru.
8.45 - 9.30     :Sarapan bersama keluarga
9.30 - 10.30   :Pergi sekolah kakak, ada taklimat ibu bapa
11.30 - 12.15 :Beli barang rumah di Nilai
12.30 - 1.30   :Menghadiri “Open House” kawan karin Yaya di Bangi
2.45 - 3.45     :Menghadiri Akikah sepupu di Rawang
8.00 - 1.00     :Menghadiri kenduri kahwin sepupu di Dewan Felda

Memang padatkan! 

Dalam kepadatan jadual tu, mood memang sukar dikawal jika kena senggugut. Abis semua nak dimarah! Perkara kecil je yang sepatutnya boleh diabaikan, boleh membawa kepada kemarahan. Sakit senggugut sangat tidak menyelesakan. 

Alhamdulillah senggugut Yaya tidak lagi seteruk dulu. 

Kalau dulu, bila senggugut memang Yaya rase nak seterika je perut. Tapi takkanlah nak seksa diri pulak. 
  • Bila sudah tertonggeng-tonggeng menahan sakit….
  • Bila segala jenis senaman yang dibuat untuk meredakan kesakitan tidak berkesan…
  • Bila HR mula memberi amaran sebab akan MC setiap bulan…


Maka tiada pilihan lain lagi selain dari telan “Pain Killer”!. Satu kesilapan yang TAK sepatutnya dilakukan oleh mana-mana wanita lain. Jadi harini Yaya terpanggil untuk berkongsi sedikit mengenai penyakit “rakan baik” setiap wanita itu - SENGGUGUT


Sedikit perihal senggugut

Kesakitan senggugut adalah disebabkan oleh aktiviti pengecutan oto rahim yang berlaku untuk menolak lapisan tisu uterus yang gugur bercampur darah keluar. Keadaan pengecutan uterus inilah yang menyebabkan kesakitan yang tidak mampu ditahan sesetengah wanita.



Senggugut - NORMAL?

Ya, senggugut adalah normal. Dari kajian, secara purataI 8/10 dari wanita akan mengalami senggugut ketika datang bulan.
Masalah senggugut biasanya lebih kerap berlaku kepada mereka yang belum mendirikan rumahtangga. Kebanyakan wanita InsyaAllah tidak lagi menghadapi masalah ini selepas berkahwin dan melahirkan anak. 

Tetapi ada juga sebilangan wanita yang akan terus mengalami sakit senggugut ini walaupun telah melahirkan anak. Yaya tergolong dalam golongan ini.

Perubahan emosi semasa senggugut

Lazimnya, sesiapa pun samada lelaki ataupun wanita, bila sakit perasaan seseorang itu akan menjadi lebih sensitif. Perubahan emosi ini lebih ketara dikalangan wanita yang memang secara semulajadinya mempunyai perasaan yang lebih halus.



Bila sakit senggugut terjadi, boleh menyebabkan seseorang wanita menjadi pemarah dan kurang sabar. Ada juga yang dikatakan pasangan mereka mengada-ngada apabila wanita itu kerap merengek dan menangis. Hakikatnya, perubahan hormon bercampur dengan kesakitan senggugut yang dialami wanita itu menyebabkan berlakukan emosi yang sukar dikawal. 





Kesilapan BESAR yang ramai wanita buat semasa “Period Pain”

Bila ditanya, rata-rata wanita yang mengalami sakit senggugut akan membuat tindakan yang sama.

Ketika mengalami PMS atau senggugut, ramai wanita akan  mengambil Paracetamol untuk melegakan kesakitan itu. Bertambah parah apabila Paracetamol tidak lagik berkesan sehingga mereka terpaksa makan Pain Killer.




Kurang ilmu menyebabkan ramai wanita mengambil ubat penahan sakit ini kerana mereka tidak tahu pilihan lain yang ada.



Tanpa disedari, tindakan menahan sakit buat seketika itu akan “menjahanamkan” buah pinggang mereka secara perlahan-lahan yang menyebabkan mereka bakal menangggung  kesakitan yang lebih lama kemudian hari.

Cuba bayangkan berapa banyak “pain killer” yang terpaksa kita makan bila “Period Pain”? Bukan 1-2 biji sebulan? 
Cuba kira berapa banyak “pain killer” yang kita makan dalam setahun? 
Cuba kira lagi berapa banyak yang perlu diproses oleh buah pinggang kita selama berpuluh-puluh tahun kita makan “pain killer” itu?
Cuba bayangkan kesan jangka masa panjang terhadap buah pinggang kita tu?



Kalau satu hari nanti rosak buah pinggang kita itu akibat kerja keras yang kita paksa dia bua setiap bulan itu, siapa yang menyesal? 


Dialisis

Menyesal selepas buah pinggang kita rosak sudah tidak bermakna apa-apa lagi. Buah pinggang yang telah rosak akan menyebabkan kita terpaksa membuat dialisis.



Kos proses dialisis ini bukanlah murah. Tambahan juga, tidakkah merimaskan apabila kita terpaksa menghadkan segala aktiviti kita. Contohnya, kita dah tak boleh melancong jauh-jauh kerana terpaksa menjalani dialisis dari masa ke semasa. Kita dah tak boleh makan sesuka hati kerana takut membebani buah pinggang kita lagi.
Kerja-kerja harian kita juga akan lebih terbatas kerana pesakit buah pinggang lazimnya akan lebih mudah penat dan lemah.


Jom hilangkan “Period Pain” secara semulajadi!!



Dengan berbesar hatinya, Yaya nak kongsi dengan anda cara mudah untuk menghilangkan sakit senggugut yang menjadi igauan ngeri ramai wanita.

Cara ini InsyaAllah lebih selamat kerana ia menggunakan hanya bahan semulajadi. Ia lebih selamat kerana ia bebas bahan kimia.

Supplemen semulajadi yang Yaya nak kongsi dengan anda semua pada hari ini adalah GLA COMPLEX.



Secara ringkasnya, GLA Complex ini akan memberi rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.  Ia akan membantu menetapkan tarikh “datang bulan” agar tidak lagi “terlambat” atau “terawal”, mengurangkan rasa pening dan mual serta melegakan kesakitan senggugut.

Ingin Yaya tekankan disini, GLA Complex Shaklee ini tidak mempunyai pemanis, perisa, pewarna atau sebarang pengawet tambahan maka ia sangat selamat.

GLA Complex (Gama Linoleik Acid) adalah suplement yang SANGAT Berkesan dalam menyelesaikan masalah wanita yang berkaitan dengan hormon seperti senggugut, jerawat, cyst dan kesuburan.



Testimoni

Berikut adalah testimoni yang Yaya rasa WAJIB anda baca

Testimoni 1



Testimoni 2


Testimoni 3



Testimoni 4


Testimoni 5


Testimoni 5




Kesimpulan dan Pengajaran:

Jom kita elakkan dari makan ubat-ubatan berasaskan DADAH kerana ia sangat memudaratkan kesihatan kita untuk jangka masa panjang. 

Jika anda seperti Yaya telah terambil “dadah’ kerana sebelum ini jahil dan tidak berilmu. Ayuhlah kita maafkan diri kita dan berubah.

Yaya harap perkongsian ini boleh dimanfaatkan. Carilah penawar alternatif dari bahan semulajadi yang telah diciptakan Ilahi untuk kita.
Kongsikanlah ilmu ini dengan semua wanita lain agar mereka tidak terus memusnahkan diri mereka dengan “dadah” setiap bulan.

Berwaspadalah, senggugut masalah kecil yang boleh menjadi “pembunuh” senyap ramai wanita jika kita terus mengamalkan cara yang salah dalam menanganinya.



Dapatkanlah GLA Complex hari ini untuk mengubah masa depan anda…

Jika ada rasa berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GLA Complex Shaklee ini, silalah hubungi Yaya di nombor dibawah.

InsyaAllah konsultasi PERCUMA akan diberikan untuk setiap permasalahan yang dikemukakan.

Thank you for reading!



Jika anda rasa entri ini bermanfaat, mohon anda click LIKE di bawah dan SHARE entry ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuau untuk seisi keluarga? 
Ingin menjana pendapat 4-5 angka sebulan dari rumah?



Hubungi Yaya untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORCABLE PRICE
BUSINESS OPPOTUNITY WITH SHAKLEE!!




YAYA
Shaklee ID : 1129784
012-328 6248 (Call, SMS, WhatsApp)

suraya106@gmail.com

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images