Resipi - Lazatnya Lasagna !!

Friday, May 02, 2014

[RESIPI]


Lasagna 

Anak-anak semakin membesar dah pandai request makanan. Maka makin kerap lah saya ber'eksperimen'. 

Eksperimen terbaru saya ada lasagna daging atau " beef lasagna ". Sebenarnya boleh guna daging atau ayam. Lasagna ini sangat mudah dibuat!

 Resipi lasagna mudah.

    Bahan-bahan yang digunakan



BAHAN UTAMA :

1 kotak instant lasagna 

** Saya guna instant lasagna ni sebab mudah tidak perlu direbus dulu kepingan lasagna nya . Boleh terus disusun dalam bekas cuma kena pastikan sos  di tuang banyak pada setiap lapisan lasagna.

BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:

2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi 
1 paket daging cincang ( ikut selera)
3 ulas bawang putih ( dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
Sedikit herba oregano dan mixed herbs
Garam secukup rasa 

** saya tambah mini carrot untuk anak-anak saya supaya mereka makan sayur tanpa menyedarinya!!

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :

1. Panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang yang telah dikisar dan kacau sampai kekuningan. 
2. Masukkan pula daging cincang dan goreng sehingga agak kering.
3. Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra 
4. Masukkan herba oregano dan mixed herbs. Tambahkan garam jika perlu dan kacau sehingga masak.

     Sos bolognese sedang dimasak
BAHAN UNTUK SOS KRIM :
5 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
Sedikit minyak sayur
1 kotak 200ml cooking cream
800 ml susu full cream dlm kotak
1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MASAK SOS KRIM:
1. Panaskan butter bersama minyak zaitun , guna api sederhana besar atau kecil . 
2.Masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit . 
3. Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar. 
4. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat. 
5. Tambahkan garam jika perlu.

 Padamkan api. Sos akan jadi pekat apabila sudah dimasak.


CARA MASAK LASAGNA :

Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian masukkan sedikit demi sedikit ikut urutan

A - susun kepingan lasagna 
B - lapis sos bolognese - banyak
C - lapis sos krim - banyak
D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri


Ulang proses sehingga habis bahan-bahan. Litupi permukaan paling atas dengan sos krim dan taburkan dengan parutan cheese

 Sos krim akan bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna. Sos krim dan sos bolognese yang mendidih semasa proses masak dalam oven yang akan memasak kepingan lasagna ini nanti .

     Rupa lasagna yang belum dimasak



Inilah hasilnya! 



Anak saya makan dan kata " nyum nyum lazatnya lasagna mommy masak!"


Puas hati bila " eksperimen " menjadi! 
Lain kali boleh buat lagi!

Selamat mencuba!!

SMA
April 2014











You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images